Panas !!! Sijil digital vaksinasi dijual dalam whatsapp dengan harga RM2,500

Sijil digital vaksinasi dijual dalam whatsapp dengan harga RM2,500. Tular satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu.

Individu yang menawarkan sijil digital itu mendakwa pembeli akan ‘selamat’ jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.

Malah, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli itu sendiri seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera.

Menurut mesej yang tular itu, pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan ID MySejahtera dan mengambil masa dua minggu selepas pembayaran dibuat sebelum MySejahtera pembeli dikemas kini dengan sijil tersebut.

Individu itu juga mendakwa, MySejahtera pembeli akan dikemas kini sehingga dos yang disyorkan selain turut akan menerima kemas kini dos penggalak.

BACA JUGA :
Terlupa bawa handphone untuk buktikan ada sijil vaksin, lelaki dikompaun RM1,500
Ini punca mengapa individu tak lengkap vaksin ‘terlepas’ buat umrah
Tular ‘screenshot’ masih belum divaksin, ini jawapan KJ