Honda dan Toyota berubah jadi ‘ais’ bila tiba di Russia

Oleh MHDAILY

Honda dan Toyota berubah jadi ‘ais’ bila tiba di Russia.Berpuluh-puluh kenderaan Honda dan Toyota yang dihantar ke pelabuhan Rusia dilitupi ais akibat cuaca buruk.

Keadaan luar biasa sejuk dan berangin itu membuatkan berdozen-dozen kenderaan jenama Jepun terbabit menjadi ‘sejuk beku’ apabila tiba di Vladivostok yang diangkut kapal pengangkut kargo Sun Rio Ro-Ro.

Kenderaan-kenderaan beku tersebut terpaksa diangkut menggunakan kren pada suhu mencecah -19C di ibu negara Pasifik Rusia.

Menurut laporan, terdapat kenderaan yang dilitupi ais sehingga setebal enam inci.

Honda dan Toyota berubah jadi ‘ais’ bila tiba di Russia

Kereta terpakai Jepun amat popular di Rusia dan terdapat eksport daripada negara Matahari Terbit itu.

Kejadian ais kapal berlaku berikutan angina laut lembap dan suhu udara di bawah sifar yang boleh meningkatkan draf, tergelincir malah risiko kapal terbalik.

Seorang kapten laut tempatan, Pyotr Osichansky, 72 berkata bulan Disember dan laut sangat bergelora dan berangin.

Honda dan Toyota berubah jadi ‘ais’ bila tiba di Russia

“Air laut akan terpercik di atas kapal dan bertukar menjadi ais tebal, Angin tahun ini lebih kuat berbanding sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai tidak ketinggalan melihat sendiri barisan kenderaan-kenderaan yang dilitupi ais diangkat dari kapal didaftarkan di Panama berkenaan

BACA JUGA :

Rupanya haiwan ini bernilai RM4,000 sekilo, budak-budak selalu buat main
Hantar bantuan secara terus, 6 sukarelawan banjir MUDA disiasat polis – Syed Saddiq
Omicron berasal daripada tikus, dakwa penyelidik