Omicron berasal daripada tikus, dakwa penyelidik

Oleh MHDAILY

Omicron berasal daripada tikus, dakwa penyelidik.Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa bahawa varian Omicron berkemungkinan telah bermutasi dalam kawanan tikus sebelum menjangkiti manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut kajian berkenaan, apabila virus terhasil dalam haiwan tersebut, ia mengumpul mutasi dengan pantas sebelum menular dalam kalangan manusia.

“Hasil kajian kami mendapati bahawa asal usul Omicron dipindahkan daripada manusia kepada tikus, seterusnya mengumpul mutasi dengan pantas untuk menjangkiti perumah.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Ia kemudiannya kembali menjangkiti manusia, sekali gus menunjukkan trajektori evolusi antara spesies bagi penularan varian Omicron,” kata kajian tersebut.

Sebelum ini, asal usul Omicron dipercayai bermula daripada pesakit kronik yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Ia juga dikatakan bermula daripada populasi yang mempunyai pengawasan dan penjujukan virus yang tidak mencukupi.

“Bagaimanapun, berdasarkan kajian kami sebelum ini berkenaan evolusi virus, kami membuat hipotesis bahawa spesies perumah di mana Omicron memperoleh set mutasi tertentu boleh ditentukan dengan menganalisis spektrum mutasi molekul,” kata pasukan saintis itu.

BACA JUGA :Lelaki terjumpa cincin purba di hutan, terkejut bila ketahui harga cecah RM360 ribu
Rakyat biasa pun mampu beli saham dimiliki Azam Baki – Menteri
Tular video lelaki menyeberangi laut guna motosikal