Tular video lelaki menyeberangi laut guna motosikal

Tular video lelaki menyeberangi laut guna motosikal.Sebuah video tular memaparkan aksi seorang penunggang motosikal yang dikatakan melintas jalan di tengah laut, lapor Priangantimur.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @khunode88 itu memaparkan aksi seorang lelaki yang menunggang motosikal lalu melintasi pulau penghubung di hadapannya.

Menurut laporan Priangantimur jalan yang dilalui oleh lelaki itu dikatakan tidak kelihatan dengan begitu jelas akibat air yang menghalang jalan.

Penunggang motosikal itu dikatakan berhati-hati saat dia melalui jalan itu. Malah dia juga dilihat menjaga keseimbangan ketika menunggang motosikal.

Hal ini berikutan jalan yang dilalui itu tidak begitu kelihatan dan hanya sesuai untuk penunggang motosikal sahaja lalu di kawasan itu. Dapat dilihat penunggang motosikal itu berhati-hati ketika melalui jalan itu kerana bimbang jika terjatuh.

Tambah laporan, jalan tersebut dikatakan laluan pulau yang biasa dilalui kerana jalan itu mempunyai pasir berwarna coklat dan sempadan rumput yang memudahkan penunggang motor lalu di kawasan itu.

“Ada sesiapa tahu di mana tempat ini?” tulis pemilik akaun TikTok itu menerusi video yang dikongsikan.

Tempat di mana penunggang motosikal itu lalu masih lagi tidak diketahui. Rata-rata mengesyaki penunggang itu melintasi dua pulau yang bersambung semasa air pasang.

 

BACA JUGA : Isu Azam Baki : 6 ahli LPPR cuba jauhkan diri dari pandangan Pengerusi
5 sebab mengapa wanita suka lelaki berkepala botak
Majikan dilarang telefon kakitangan di luar waktu kerja