Tular ‘screenshot’ masih belum divaksin, ini jawapan KJ

Tular ‘screenshot’ masih belum divaksin, ini jawapan KJ.Sejak semalam, telah tular tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 saya yang disemak melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.

Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘SEDANG DIPROSES’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.
Untuk makluman, laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada bulan Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini.

Untuk rekod, saya telahpun mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 dan merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut.

May be an image of ‎text that says "‎Profile Digital Certificate for COVID-19 Vaccination KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR D.O.B: 10 January 1976 Dose 1: Date: 18-Mar-2021 01:33 PM Manufacturer: CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated Facility: HOSPITAL REMBAU Batch: C202102007 Dose 2: Date: 08-Apr-2021 02:44 PM Manufacturer: CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated Facility: HOSPITAL REMBAU Batch: C202102007 Booster Dose: Date: -Sep-2021 08:00 AM Manufacturer: COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection Facility: Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 Batch: FG9019 MySejahtera Statistics סם 공g4 MySJ MySJTrace Profile‎"‎

Malah, pengambilan dos pertama tersebut turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya juga telah menunjukkan paparan MySejahtera saya selepas saya menerima vaksin tersebut.

Sesiapa belum menonton siaran langsung tersebut, boleh tonton di pautan ini: https://youtu.be/EtyaZ-BaPb8

Manakala suntikan dos kedua telah saya terima pada 8 April 2021. Saya juga sudah menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan di dalam tangkap layar yang tular tersebut. Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara.
-Menteri Kesihatan-

BACA:

Dahsyat !!! Matahari tiruan China beroperasi 5 kali lebih panas dari Matahari biasa
Scha Elinnea takut tidur seorang diri, perlukan teman

CATEGORIES