Aplikasi terkenal Muslim Pro tiba-tiba kena saman dengan pengguna, rupanya ini yang mereka buat!

Aplikasi terkenal Muslim Pro tiba-tiba kena saman dengan pengguna, rupanya ini yang mereka buat!

Pengguna aplikasi solat, Muslim Pro di Perancis memfailkan saman terhadap syarikat aplikasi tersebut hari ini

kerana dituduh menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS).

Aplikasi terkenal Muslim Pro tiba-tiba kena saman dengan pengguna, rupanya ini yang mereka buat!

Tuntutan saman yang didedahkan oleh radio RTL itu menuduh syarikat terbabit melakukan kesalahan perlindungan data, penyalahgunaan kepercayaan, membahayakan nyawa orang dan melibatkan konspirasi pembunuhan.

Pada minggu lalu, kumpulan media Vice melaporkan mengenai bagaimana tentera AS membeli data geolokasi pengguna daripada beberapa aplikasi di seluruh dunia.

Aplikasi itu termasuk Muslim Pro yang memudahkan pengguna untuk mengetahui masa solat dan arah kiblat, selain mempunyai sebanyak 95 juta pengguna di seluruh dunia.

Menurut Vice, syarikat aplikasi tersebut menjual data pengguna kepada sebuah firma yang dikenali sebagai X-Mode yang kemudiannya dijual kepada pasukan tentera AS.

Pasukan khas tentera AS pula dilaporkan menggunakan kesemua data yang diperoleh dalam beberapa misi di luar negara.

Sehari selepas Vice mengeluarkan laporan tersebut, Muslim Pro memaklumkan pihaknya sudah menamatkan semua perkongsian data dengan sejumlah syarikat lain.

BACA:

“Mak dapat panggilan telefon dari ibu kekasih hati abang aku. Aku nampak mak tiba-tiba nangis terduduk rupanya ini yang jadi!”

Walaupun berlainan agama, ibu hantar anak daftar belajar Darul Quran JAKIM, ibu dedah kisah anak masuk islam