Terlupa bawa handphone untuk buktikan ada sijil vaksin, lelaki dikompaun RM1,500

Oleh MHDAILY

Terlupa bawa handphone untuk buktikan ada sijil vaksin, lelaki dikompaun RM1,500. Seorang individu dikompaun RM1,500 kerana gagal menunjukkan sijil digital vaksinasi lengkap ketika hendak merentas daerah di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu itu tidak membawa telefon bimbit bersamanya untuk menunjukkan bukti dia lengkap dua dos vaksin bagi membolehkannya merentas daerah.

Dalam kes berasingan, polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada seorang lagi individu tidak lengkap dua dos vaksin yang makan di dalam kedai makan di Ipoh.

Baca Artikel Penuh