Selangor umum pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja

Selangor umum pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja

Selangor umum pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja. Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran lesen penjaja serta cukai taksiran bagi rumah kampung dan kos rendah bermula tahun hadapan.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han, pengecualian tersebut merupakan tahun kelapan dilaksanakan sejak tahun 2016.

“Walaupun pelaksanaan pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja ini dijangka mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri sebanyak RM68.74 juta bagi tahun hadapan.

“Namun kerajaan negeri tetap bertekad untuk bersama rakyat dalam menghadapi cabaran kos hidup yang tinggi. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sze Han berkata, negara masih berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19, namun rakyat rata-rata masih menghadapi cabaran seperti kadar inflasi yang tinggi.

Selangor umum pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja

Katanya lagi, kejatuhan nilai ringgit serta kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara berterusan telah memberi kesan kepada pinjaman perumahan dan kenderaan.

BACA:

Bekas isteri pakar saham bersuara, ‘aku diam untuk aku bongkar di mahkamah’

“Ini hero sebenar!”, pakcik ni sanggup selam tangki najis baiki saluran tersumbat dipuji

Vendor mengamuk baling botol sos ke muka rider, sekali ini yang jadi

 

CATEGORIES