Baby Shima tunjuk IC dah sah jadi orang Indonesia, ‘ambik lah dia ni’ – netizen

Oleh MHDAILY

Baby Shima tunjuk IC dah sah jadi orang Indonesia, ‘ambik lah dia ni’ – netizen. Meskipun hanya melakukan hal sendiri, penyanyi sensasi Baby Shima dilihat seperti tidak lekang daripada menerima kecaman orang ramai.

Terbaru, menurut laporan mStar Online, dia sekali lagi dikecam apabila memaklumkan dia sudah mempunyai kad pengenalan (KTP) Indonesia.

“Ya, Shima sudah jadi orang Indonesia. Shima punya kad pengenalan,” kata pemilik nama Nor Ashima Ramli ketika muncul dalam sebuah program di negara tersebut baru-baru ini.

Disebabkan tular rakaman pengakuan itu, segelintir netizen seolah-olah menyambut baik selain tidak mengambil kisah sekiranya pendedahan tersebut adalah benar.

Baby Shima tunjuk IC dah sah jadi orang Indonesia, 'ambik lah dia ni' - netizen

“Ambil terus (Shima) dan tolong tinggal di sana sahaja. Eloklah, kami dah lama tak nak dia. Jujurkan lebih baik.
“Kerakyatan boleh ada satu sahaja, kan? Macam mana dia boleh ada KTP sana?,” itu antara komen diberikan netizen.

Tonton minit 13:59

Namun difahamkan, penyanyi berusia 30 tahun itu hanya bergurau semata-mata kerana KTP ditunjukkan adalah Kad Tanda Pahlawan (KTP) Orang Baik Indonesia yang dihasilkan sendiri.

“Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke Indonesia… tapi bila fikirkan semula, bagaimana ya? Susah tak?

“Di Malaysia sahaja sering disakiti, apa lagi di Indonesia. Jadi, saya sudah terbiasa dan tak kisah,” kongsinya.

Selain itu, penyanyi lagu Bang Jamal itu sempat membuat sindiran kepada individu yang sering mengecam menganggap golongan terbabit tidak bekerja kerana mempunyai banyak masa terluang.

“Korang kena faham, si pemaki tu seorang penganggur sebab tu dia selalu ada dan maki orang. Orang menganggur kan selalu marah-marah. Kesian. Nak kerja dengan Shima tak? Cuci jamban,” tulisnya.

BACA:

Padah pelakon terkenal bawa Myvi secara berbahaya sampai kekasih tercampak

Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini

Semangat brother ni pakai baju pengantin, rupanya tersalah tarikh nikah

Baca Artikel Penuh