Semangat brother ni pakai baju pengantin, rupanya tersalah tarikh nikah

Semangat brother ni pakai baju pengantin rupanya tersalah tarikh nikah

Semangat brother ni pakai baju pengantin, rupanya tersalah tarikh nikah. Pastinya mendebarkan buat kedua-dua belah pihak apabila menanti hari untuk menghalalkan hubungan. Pelbagai aspek yang dirisaukan buat bakal pengantin dalam memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung.

Namun, lain pula kisah pemuda ini yang terlebih semangat untuk berkahwin apabila mahu berangkat terus ke lokasi nikah pada Isnin lalu.

Gemuruh nikah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda yang lengkap berbusana itu kelihatan sudah bersedia untuk akad nikah sebagai suami.

Semangat brother ni pakai baju pengantin rupanya tersalah tarikh nikah

Ketika sedang menuju ke pintu untuk keluar, pemuda tersebut mula menyedari dirinya tersalah tarikh nikah apabila ditegur oleh kakaknya. Melulu masuk ke bilik tidur, pemuda itu terus menanggalkan persalinan nikahnya.

Difahamkan, majlis pernikahannya bakal berlangsung pada hari Jumaat.

@kaklizleg @meorayei ♬ original sound – kak liz LEG

Bawak bersabar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan semangat pemuda tersebut demi menghalalkan pasangannya.

BACA:

Wanita dari Perak automatik jutawan, menang ‘jackpot’ RM21 Juta

Nabila Huda luah sesuatu pasal suaminya selepas 7 tahun kahwin, “ramai doakan..”

Tragis..sekumpulan konvoi superbike kemalangan di highway Karak

CATEGORIES