Padah pelakon terkenal bawa Myvi secara berbahaya sampai kekasih tercampak

Padah pelakon terkenal bawa Myvi secara berbahaya sampai kekasih tercampak

Padah pelakon terkenal bawa Myvi secara berbahaya sampai kekasih tercampak. Seorang pelakon diberkas selepas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (Duke) di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan kemudiannya tular di media sosial.

“Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek dengan tiba-tiba menukar lorong secara melulu.

“Perodua Myvi tersebut kemudiannya hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, impak pelanggaran tersebut mengakibatkan kekasih suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 25 tahun tercampak keluar.

Padah pelakon terkenal bawa Myvi secara berbahaya sampai kekasih tercampak

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan.

“Siasatan juga mendapati berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa ketika kejadian,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek yang juga merupakan peniaga ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh The Viral (@the.viral_my)


BACA:

Terungkai persoalan kenapa nombor plate kenderaan di Perak bermula huruf ‘A’

Semangat brother ni pakai baju pengantin, rupanya tersalah tarikh nikah

Terkejut tengok anak Kak KM pakai baju nampak ‘buah’, hadirin nampak tak selesa

CATEGORIES