Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini

Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini

Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini. Kerajaan dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari, tahun depan.

Mengesahkan perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata bajet itu akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan Bajet 2023 termasuk perbahasan sebelum diluluskan.

“Ya, Bajet 2023 akan dibentang pada 24 Februari depan kerana sebelum ini hanya bajet mini dibentang bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji.

“Secara keseluruhan, proses pembentangan bajet dan perbahasan termasuk urusan jawatankuasa serta dasar akan mengambil masa 21 hari,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini

Johari berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 13 Februari depan dan berlangsung selama 29 hari.

Beliau berkata, mesyuarat pertama Parlimen ke-15 akan membuka tirainya dengan titah ucapan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 20 Disember lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

BACA:

Terungkai persoalan kenapa nombor plate kenderaan di Perak bermula huruf ‘A’

Semangat brother ni pakai baju pengantin, rupanya tersalah tarikh nikah

Tak sangka begini kehidupan Ellie selepas cerai dengan Azri Iskandar

CATEGORIES