Tular dakwaan Dun Johor bubar hari ini, ini jawapan Umno Johor

Tular dakwaan Dun Johor bubar hari ini, ini jawapan Umno Johor. Umno Johor hari ini menolak “spekulasi” berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dikatakan berlaku hari ini.

Setiausaha Umno Johor, Samsolbari Jamali berkata, Umno Johor juga tidak mengadakan sebarang perbincangan mengenai hal itu.

Tular dakwaan Dun Johor bubar hari ini, ini jawapan Umno Johor

“Tiada, kita belum ada lagi perbincangan, ia hanya satu spekulasi, sesiapa pun boleh buat spekulasi, tetapi pada masa sama, seperti biasa Umno dan Barisan Nasional (BN) bekerja terus.

“Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sehingga sekarang, kami kekal berkhidmat untuk rakyat dan sekarang kami menumpukan kepada kerja-kerja Covid-19 dan banjir,” katanya selepas menghadiri Seminar Program Pemantapan Jentera PRU15 Parlimen Kulai di Senai, dekat sini .

Turut hadir Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, yang juga Ketua Umno Johor.

Kerajaan Johor yang kini memimpin BN, mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN, selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Osman Sapian meninggal dunia 21 Dis lalu.

BN kini mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), PAS (satu) dengan 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

Baca Juga : Setelah sah dipecat, akhirnya Khairuddin bersuara
Menteri Agama tegur pengurusan masjid, tidak wajar laksana hukuman sendiri
Ada pihak percaya bumi sebenarnya berbentuk seperti donut