Setelah sah dipecat, akhirnya Khairuddin bersuara

Setelah sah dipecat, akhirnya Khairuddin bersuara. Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali membayangkan penggugurannya sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, berkaitan dengan desakannya mahukan parti itu mengutamakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ditanya oleh FMT, sebab beliau digugurkan, Khairuddin hanya berkata “boleh baca apa yang tersirat.”

Beliau tidak mengulas lanjut namun menghantar pautan Facebook kepada artikel terbarunya selepas pengguguran itu, yang mengingatkan pemimpin mengenai hukum syarak “wajib” untuk mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno.

Setelah sah dipecat, akhirnya Khairuddin bersuara

Baca Juga : Presiden Pas sahkan pemecatan Khairuddin

“Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik walaupun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa,” kata Khairuddin.

“Tetapi ia melibatkan hubungan ahli marhaen yang lurus dan tulus dengan parti masing-masing.

Justeru, kata beliau, “menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasakan dan menyuburkan lagi perpaduan yang telah berjaya dibina ini.”

“Ini kerana perpaduan antara umat Islam daripada dua kelompok besar melebihi empat juta ahli ini pada hukum syaraknya wajib diusahakan bukannya sunat.

“Mereka yang cuba merobohkan perpaduan ahli dua parti Melayu Islam tentulah mereka yang berkepentingan diri dan berhawa nafsu duniawi bukan demi kepentingan umat,” jelasnya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengumumkan pengguguran Khairuddin sebagai AJK PAS semalam, menentang MN diteruskan jika Umno tidak menerima Bersatu dalam gagasan itu.

Hadi menuduh kalangan pemimpin Umno melanggar piagam MN kerana berkeras tidak mahu menerima pimpinan Bersatu Muhyiddin Yassin.

“PAS tetapi terbuka malangnya dia (pimpinan Umno) nak PAS dengan Umno sahaja, jadi tak bolehlah, PAS tak boleh diarah, PAS parti tersendiri, PAS bukan di bawah BN (Barisan Nasional),” kata Hadi sebelum ini.

Dalam pada itu, Khairuddin menyifatkan penggugurannya sebagai AJK ialah perkara biasa dan beliau akan terus berkhidmat kepada parti menerusi jawatan lain yang disandangnya.

“Yang penting ialah mesej serta perjuangan PAS sebagai parti politik Islam tetap diteruskan dalam apa jua situasi sekalipun. Itu disiplin berjemaah dan berorganisasi.”

Katanya, beliau masih kekal sebagai Setiausaha Majlis Syura PAS, yang dilantik oleh Mursyidul Am Hashim Jasin.

Ahli lain Majlis Syura PAS ialah Hadi dan Timbalan Presiden parti Tuan Ibrahim Tuan Man.

Majlis syura PAS merupakan badan tertinggi dalam parti Islam itu yang diberi kuasa menafsir, menjelaskan dan menghuraikan dasar, menafsir perlembagaan, mengeluarkan arahan supaya dasar parti dipatuhi.

Semalam, Hadi enggan menyatakan punca Khairuddin digugurkan sebagai AJK PAS Pusat, selain menyifatkan ia sebagai “perkara biasa.”

Pada 23 Nov lalu, Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin PAS yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam parti pemilihan itu di samping Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Baca Juga : Menteri Agama tegur pengurusan masjid, tidak wajar laksana hukuman sendiri
Ada pihak percaya bumi sebenarnya berbentuk seperti donut

CATEGORIES