Menteri Agama tegur pengurusan masjid, tidak wajar laksana hukuman sendiri

Menteri Agama tegur pengurusan masjid, tidak wajar laksana hukuman sendiri.Perbuatan orang ramai termasuk pengurusan masjid yang mengambil sebarang bentuk hukuman sendiri terhadap orang yang disyaki melakukan kesalahan adalah amat tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata perkara itu sepatutnya diserahkan kepada pihak untuk tindakan selanjutnya, namun menegaskan perbuatan mencuri atas apa alasan sekalipun dilarang dalam Islam dan pesalah wajar dihakimi seadil-adilnya.

Idris turut menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan masjid agar tidak terjebak dengan sentimen tertentu atau cuba mengambil tindakan sendiri sehingga boleh menyebabkan kezaliman kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan.

Menteri Agama tegur pengurusan masjid, tidak wajar laksana hukuman sendiri

“Perbuatan merakam gambar orang yang disyaki (melakukan kesalahan) bagi tujuan sebaran awam juga merupakan suatu perkara yang amat tidak wajar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Idris menyeru supaya sentiasa cakna terhadap anggota masyarakat dan mengambil peranan dalam mencegah masalah sosial yang berlaku di sekeliling mengikut peranan masing-masing tanpa melampaui had.

Media sebelum ini melaporkan kejadian itu menerusi media sosial yang memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid memandikan seorang lelaki seperti jenazah selain melumurkannya dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid.

Baca Juga : Dimandikan macam jenazah, dipenjara pula… Kisah hidup remaja ini undang simpati
Ketua Pemuda Amanah akan bayar denda RM4,000 remaja ‘dimandikan’ macam jenazah
”Hanya RM19.06?” Peminat terkejut tengok royalti diterima Tomok sejak 2013

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)