Terima keputusan dengan lapang dada, tumpu PRU – Anwar

Terima keputusan dengan lapang dada, tumpu PRU. Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu adalah cabaran untuk pembangkang bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Bagi semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada PRU yang lalu,” kata Ketua Pembangkang itu.

Anwar berkata usaha semua pihak pada ketika ini harus bertumpu kepada menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Cvodi-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat,” kata Anwar yang juga Presiden PKR.

Petang semalam, Yang diPertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan untuk Ismail dilantik perdana menteri, menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Isnin lalu.

keputusan

Ismail adalah Naib Presiden Umno.

Anwar turut dicalonkan untuk jawatan tertinggi itu namun gagal memperolehi sokongan majoriti mudah Ahli Parlimen yang dikehendaki.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/21/kita-kerja-lebih-gigih-menangi-pru-15-mesej-anwar-kepada-pembangkang-susulan-ismail-jadi-pm-baharu/

 

BACA JUGA :

Titah Agong agar kemelut politik negara ditamatkan

Terkini !!! MKT Umno bermesyuarat bincang sokongan bersyarat PN

Ismail Sabri perlu buktikan kerajaan baharu lebih baik

Artikel ini disiarkan pada 21/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)