Susu basi jadi nanah, ‘azab woih bila operate’

Susu basi jadi nanah, ‘azab woih bila operate’ Tengah korek gambar lama, ternampak pulak gambar ini. Kenangan betul.

Kena operate 2 kali dek sebab bengkak susu. Selang sebulan aje pulak tu.

Ini susu ‘basi’ (bak kata orang lama). Puncanya sebab saya menyusukan anak sebelah saja. Sebelah lagi tak dikeluarkan.

Susu terkumpul jadi nanah. Bila kena jangkitan kuman, jadi berketul gini. Masa ni nak pam pun tak keluar apa dah. Doktor injek nak sedut pun tak jalan.

Solusi akhir, kena bedah.

Azab woih bila dah operate, wajib cuci luka hari-hari. Dua bulan menunggu daging tumbuh sendiri.

Jadi ibu-ibu diluar sana, mesti kosongkan susu. Pam jika perlu. Okeh?

Susu basi jadi nanah, ‘azab woih bila operate’

BACA JUGA :

Pengerusi MPN positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri

Kontak rapat tiada simptom tidak perlu hadir CAC

Suntikan vaksin Covid-19 di Sekolah akan dilaksana – Khairy

CATEGORIES