Suntikan vaksin Covid-19 di Sekolah akan dilaksana, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) bakal melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) di sekolah, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Dalam satu hantaran di Twitter, hari ini, Khairy, berkata perkara itu akan diumumkan CITF-C bagi membolehkan pelajar mendapat suntikan vaksinasi COVID-19 di sekolah masing-masing.
“CITF-C akan umumkan juga pelaksanaan #PICKids di peringkat sekolah. Pendaftaran juga dibuat oleh sekolah dan suntikan juga di sekolah dengan rakan,” katanya.
Dalam hantaran sama, Khairy turut berkongsi angka pendaftaran membabitkan kelompok kanak-kanak yang terus mencatatkan peningkatan memberangsangkan.
Jelasnya, setakat semalam, seramai 34,727 kanak-kanak sudah mendaftar dan ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 663,641 orang.
Berdasarkan graf yang dikongsikan, jumlah pendaftaran tertinggi direkodkan di Selangor, membabitkan 184,000 kanak-kanak diikuti Johor dengan sejumlah 103, 000 orang dan Kuala Lumpur (70,000).
Untuk rekod, PICKids dilancarkan pada 3 Februari lalu dan melalui program ini, kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan menerima dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.
Kanak-kanak ini akan menerima vaksin Cominarty oleh Pfizer-BioNTech, dengan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa.
BACA JUGA :
PPIM tuntut penjelasan dakwaan ramai banduan Penjara Kajang mati selepas suntikan dos ketiga
Rakyat mungkin bakal terima suntikan vaksin Covid-19 sepanjang hayat
Vaksin Covid-19 : Dasar ‘tiada suntikan, tiada kerja’ diumum