Sekarang dah jadi Bapa Tiri, dulu abang angkat je..

Sekarang dah jadi Bapa Tiri, dulu abang angkat je..Fenomena adik, kakak dan abang angkat sangat popular ketika zaman belajar dahulu. Tujuan memilik adik-beradik angkat adalah kerana kononnya ingin menjaga ‘si adik’ daripada diganggu atau dibuli oleh kawan-kawan mahunpun senior di sekolah.

Namun, lain pula kisah seorang gadis ini apabila abang angkat sewaktu zaman sekolah dulu, kini menjadi bapa tirinya.

Ibu kandung kahwin dengan abang angkat

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ceqq Manehh di TikTok, memaparkan dia bersama seorang lelaki yang dipercayai abang angkatnya. Pada awal video, mungkin ramai yang menyangka bahawa hubungan mereka bakal berakhir dengan perkahwinan, namun lain pula yang jadinya.

Sekarang dah jadi Bapa Tiri, dulu abang angkat je..

@ceq_jihaaa Nak join trend #masukberanda ♬ suara asli – Angi Lay

Lebih mengejutkan lagi apabila rupa-rupanya abang angkatnya itu berkahwin dengan ibu kandungnya sekaligus dia menjadi anak tiri kepada lelaki berkenaan.

Mula-mula berangkat, last last jadi bapak tiri.

@ceq_jihaaa Reply to @mohd.azreen2 ♬ original sound – Ceqq manehh_

Di video yang lain, pada awalnya gadis ini seolah-olah tidak boleh menerima hakikat dengan apa yang terjadi, namun akur dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT.

Aku sebenarnya tak sedia nak ada ayah tiri tapi nak buat macam mana dah jodoh mak aku kan. Mak aku umur 50 tahun, ayah tiri aku 30 tahun. Aku doakan mak aku bahagia dengan pilihan dia.

BACA:

Letupan kuat di Times Square gemparkan penduduk

9 pekara yang wajib anda tahu mengenai transaksi ePemula, bukan ‘offline’ sahaja

Setuju dengan JKR, gadis cantik ini dedah kos sebenar bina jambatan RM50K