Letupan kuat di Times Square gemparkan penduduk

Oleh MHDAILY

Letupan kuat di Times Square gemparkan penduduk. Tular beberapa video di media sosial yang memaparkan kekecohan yang berlaku di Times Square, New York petang semalam dimana orang ramai bertempiaran lari akibat bunyi letupan yang kuat.

Menerusi video yang dikongsikan DailyMail, orang ramai dilihat berlari dengan ada yang hanya berdiri kaku kerana mendengar letupan kuat tetapi tidak pasti apa yang berlaku.

Memetik Daily Mail, kejadian berlaku sekitar jam 7 petang itu menyaksikan seorang wanita hampir dilanggar oleh sebuah kereta ketika ia membelok ke laluan pejalan kaki.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Syarikat tenaga, Con Edison dalam satu kenyataan berkata, bunyi letupan itu berpunca daripada lurang kumbahan yang meletup.

Sekumpulan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian memaklumkan bahawa ada lubang kumbahan meletup di Times Square menyebabkan kegagalan kabel untuk berfungsi manakala lubang kedua dipenuhi dengan asap.

Letupan kuat di Times Square gemparkan penduduk

Tambah Bomba lagi, paras tinggi gas tidak berbau dan tidak berwarna yang boleh menyebabkan kerosakan saraf otak dan kematian.

Ketika ini, pihak bomba sedang membantu syarikat utiliti untuk mengenalpasti punca kebakaran yang menyebabkan letupan kuat di bandar tersebut. Kawasan kejadian kini diserahkan kepada pihak syarikat utiliti untuk tugas-tugas seterusnya.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau keroakan premis dilaporkan.

Kawasan sekitar lokasi kejadian masih ditutup oleh Jabatan Polis New York bagi memberi laluan kepada siasatan untuk dijalankan.

BACA:

9 pekara yang wajib anda tahu mengenai transaksi ePemula, bukan β€˜offline’ sahaja

Lelaki dari Shah Alam ditahan polis, hina Nabi SAW di media sosial

Setuju dengan JKR, gadis cantik ini dedah kos sebenar bina jambatan RM50K