Setuju dengan JKR, gadis cantik ini dedah kos sebenar bina jambatan RM50K

Oleh MHDAILY

Setuju dengan JKR, gadis cantik ini dedah kos sebenar bina jambatan RM50K. Rasa terpanggil nak ulas perihal jeti/jambatan kayu di Sarawak. Kalau tengok pada nilai projek RM50,000 – ini adalah nilai bagi kontraktor kelas F (G1).

Pasarannya sememangnya sangat sengit kerana jumlah kontraktor kelas F (G1) yang sangat byk dan kebergantungan mereka kepada tender-tender kerajaan.

Sebenarnya, kalau tengok gambar dan anggaran kayu belian RM9000/m3 – masuk akal je untuk kita katakan RM50,000 dan memang tak masuk akal kalau nak buat dengan harga RM5,000 – RM10,000 menggunakan kayu belian. Nanti kita kira kat bawah ni.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Penggunaan kayu belian pun bukan benda baru ya lagi2 untuk kawasan berair. Kayu belian ni atau nama Inggerisnya Ironwood memang terkenal kerana kekerasannya dan ketahanannya terhadap kelembaban/air.

Dan membina asas konkrit di kawasan berair, agak berpaya pun bukan benda yang mudah. Salah teknik, salah acuan, salah nisbah bahan konkritnya – boleh menghasilkan tiang yg mudah terhakis dan akhirnya mendedahkan cerucuk besi pada karat. Jadi boleh nampak kewajaran penggunaan kayu mahal seperti Ironwood/belian.

Projek ini sendiri disiapkan 2 bulan lebih awal dari tempoh dibenarkan 3 bulan.

Untuk menilai wajar ke RM50,000 – boleh sahaja kita bina pecahan harga untuk projek Sarawak JKR ni dgn berdasarkan harga jualan kayu belian RM9,000 /m3 seperti yang dimaklumkan dengan jambatan adalah sepanjang 15m, dan dari gambar.

Kita bahagikan bahagian kepada tiang asas untuk jambatan, dan bahagian lantai jambatan.

Kayu Ini Sekeras Besi, Berikut 5 Fakta Menarik Tentang Kayu Belian - Borneodihati.org | LSetuju dengan JKR, gadis cantik ini dedah kos sebenar bina jambatan RM50Kaman Socialtainment Borneo

1. Tiang kayu untuk asas jambatan –

Anggaran dari gambar, tiang asas ada 6 di sisi kanan, 6 di sisi kiri dengan ketebalan 150 mm = 0.15m dan lebar yang sama. Jumlah perlukan 12 batang kayu.

Kemudian untuk sistem penyepadu untuk kukuhkan struktur tiang (yang kayu panjang senget tu) ada 10 sisi kanan, 10 sisi kiri dengan ketebalan anggaran 1 inci = 25.4 mm = 0.025m dan anggaran panjang dalam 3 m, lebar 0.15m. Jumlah adalah 20 batang kayu.

Kiraan bahan mentah kayu belian untuk bahagian tiang kayu:

Tiang asas (Timber Column Foundation) : 12 × 0.15m x 0.15m x 4m × 12 = 1.08 m3
Sistem Penyepadu (Bracing) – 20 × 0.15m x 0.025m × 3m = 0.225 m3
Jumlah kayu untuk tiang = 1.305 m3
Anggaran bahan mentah untuk tiang sahaja = 1.194 x 9,000 = RM11,745

2. Bahagian Lantai Jambatan

Ada dua bahagian untuk lantai iaitu lantai jambatan dan rasuk/alang (beam).

Rasuk Jambatan boleh kita katakan ada dua bahagian iaitu rasuk utama yang di sebelah kiri dan kanan lantai jambatan – ambil mudah 15m panjang, 0.05m tebal (2 inci), 0.15m lebar. Jumlah kayu 2.
Rasuk kedua yang melintang di bawah jambatan – 1m panjang, 0.05m tebal, 0.15m. Anggaran dalam 6 ikut jumlah set tiang.

Kemudian untuk lantai jambatan, kira mudah 15m × 1m × 0.025m.

Kiraan untuk bahan mentah bagi bahagian lantai jambatan:
Rasuk utama – 2 × 15m × 0.05m x 0.15m = 0.225 m3
Rasuk kedua – 6 x 1m x 0.05m x 0.15m = 0.045 m3
Lantai – 15m x 1m x 0.025m = 0.375 m3

Jumlah kayu untuk bahagian lantai jambatan = 0.645 m3

Jumlah harga bahan untuk lantai jambatan sahaja = 0.645 m3 × RM 9,000/m3 = RM5,805

Jadi anggaran untuk bahan mentah sahaja adalah RM 11,746 + RM5,805 = RM 17,550

Logistik = RM 2,000 (Mungkin lebih tinggi kerana faktor muka bumi Sarawak dan bergantung dari mana sumber kayu, kayu belian ni banyak import dari Indonesia)

Kos buruh = RM 75 sehari × 30 hari x 2 pekerja = RM 4,500 (Mungkin berlebih-lebih yang buruh caj dan ini belum masuk kira buruh berkemahiran lagi ya)

Kos untuk permulaan, bersihkan kawasan, uruskan sisa pembinaan, keselamatan, contingency cost sekali – RM 10,000.

Jadi kos sahaja – RM34,050. (Tu tak masuk harga equipment, machinery rental lagi ya)

Keuntungan (ambil kira keluar duit sendiri dulu, nak tunggu JKR belek serahan dokumen bagai, entah bila baru dibayar) – dapatlah RM 15,950 untung.

Kalau kira faktor sengitnya saingan kontraktor Kelas F (G1)yang bergantung dengan tender kerajaan ni, yang entah bila dapat bayaran, rasanya tak perlu lah rakyat nak berkira sangat satu kontraktor F (G1) dapat untung RM 15,950 yang mungkin lepas sebulan tak berpendapatan buat satu projek pembinaan kecil one-off macam ni.

Bukan hari-hari ada projek camni untuk mereka.

Untuk rancakkan ekonomi tempatan jugak kan projek-projek komuniti macam ni?

Sembang kroni? Sembang kroni ni macam projek Bakun yang hasil balak entah ke mana, projek terowong dasar laut kat Pulau Pinang yang beratus juta habis, 2 tanah kerajaan tergadai tapi hasil entah ke mana.
Tak semua benda boleh dibuat modal teori konspirasi rasuah ni ya.

Silap-silap, kita ni terfitnah mereka yang cari rezeki halal dalam bulan puasa ni.
🙃

Sumber fb

BACA:

Rezeki..pelajar jumpa harta karun rebutan RM8.1 Juta selepas pemiliknya sempat beri petunjuk sebelum mati

Resipi air mango dessert khas untuk buka puasa, kecur air liur tengok..

NGO bawah Pas dikritik hebat, lancar derma kilat untuk ahli sendiri selepas didakwa jadi punca kemalangan