Pelik tengok security guard ni ulang-alik ke mesin ATM, menangis bila tahu hal sebenar. Sambil menunggu perkembangan opah di ruang menunggu hospital, aku lihat kelibat security guard yang berulang alik ke mesin ATM. Bergilir-gilir mereka ke mesin ATM.
Aku pun pelik dan terus bertanya, kenapa ulang alik ke mesin ATM? Seorang pakcik guard ni kata, mereka tunggu gaji masuk. Dah banyak kali cucuk tapi duit masih takda, katanya.
Allahu, sebak betul bila dapat tahu. Mungkin mereka sudah ketiadaan duit untuk membeli makanan, mungkin juga mereka sangat memerlukan duit untuk membayar segala keperluan hidup seharian.
Gambar Hiasan
Mungkin mereka nak bayar bil air, bil elektrik, sewa rumah dan sebagainya. Mungkin. Mungkin juga mereka tak sabar nak beli makanan yang sedap-sedap untuk anak-anak mereka ☹️
Situasi ini sangat-sangat menjentik hati aku.
Kerana kadangkala aku mengeluh dengan sedikit ujian, tanpa memikirkan lebih ramai orang lain yang lebih sarat dengan ujian 😢
Kadang-kadang aku tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, kufur dengan nikmat yang pelbagai. Masih rasa tak cukup! Terima kasih pak cik mak cik guard yang telah mentarbiah saya tanpa sedar. Moga Allah merahmati mereka ini dan lipatgandakan rezeki yang tak disangka-sangka.
Komen warga maya:
Sumber: Faeez Azahar
Baca:
Waris insurans Tangmo bernilai RM1 Juta cetus persoalan orang awam
Video polis halang ambulans untuk beri VVIP lalu undang kecaman orang ramai
Simbol ‘misteri’ timbul atas bangunan di Ukraine ketika perang cetus persoalan