Video polis halang ambulans untuk beri VVIP lalu undang kecaman orang ramai

Oleh MHDAILY

Video polis halang ambulans untuk beri VVIP lalu undang kecaman orang ramai.KECOH di media sosial apabila rakaman video menunjukkan ambulans yang sedang membawa pesakit disekat daripada meneruskan perjalanan kerana dipercayai bagi memberi laluan kepada konvoi orang kenamaan (VVIP).

Menerusi video rakaman dashcam ambulans terbabit, kejadian berkenaan berlaku di jejambat Jalan Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 2.15 petang, Sabtu.

Pada ketika itu, ambulans berada di laluan bawah yang mempunyai tiga lorong, manakala konvoi VVIP bergerak dari atas jejambat dan melalui susur keluar di sebelah kiri.

Baca Artikel Penuh