Semalam aku minta Sahabat buatkan Infografik dan Terjemahkan Tulisan aku Bagaimaan pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi merujuk sepertimana German dan Singapura.. Apa perlu kita terikut rentak Najib dan Kerajaan PN kalau kita boleh rangka Pakej Rangsangan dan Model Pemulihan kita sendiri..
Bila Ds Anwar komen selepas pembentangan Belanjawan, Yang Belanjawan ini tidak memacu Ekonomi.. Aku mengharapkan masa satu jam Setengah untuk kepimpinan PH membentangkan mdoel dan cadangan sendiri..Malangnya Lim Guan Eng dan Ds Anwar masih terikat dengan idea Pengeluaran KWSP dan Moratorium..Bagi aku tidak tepat..Bannyak Negara tidak mengikut model tersebut..
Jadi Aku rangka dari Idea Pakej Rangsangan Ekonomi Harapan sesuai dengan Peruntukan RM 10 Billion Pakej Prihatin 2.0.. Ianya Lebih bersasar kepada mereka yang terjejas pendapatan, Yang lebih Penting memacu IKS dan Ekonomi sepertimana Korea Selatan yang keluar dari kemelesetan Ekonomi tahun 1998..
1- MEMACU IKS, MENYASARKAN MEREKA YANG BEKERJA SENDIRI RM 3 BILLION, RM 10 RIBU MODAL PENIAGAAN DAN SARA HIDUP..
Sebagaimana Model SIRS Singapura yang mennyasarkan kelompok bekerja sendiri. Geran Prihatin Khas, Sepatutnya untuk kali kedua kerajaan menyasarkan kelompok IKS yang terjejas.. dari 700 ribu dalam peruntukan pertama dengan geran RM 3 ribu kepada RM 5 ribu..
Target Kerajaan mereka yang bekerja sendiri, seperti Peniaga Pasar Malam, Peniaga Jalanan, Pasar tani , Yang hilang pekerjaan dan Yang bekerja sendiri yang tidak berpendapatan sebagai Modal Penriagaan.. Mereka yang terima Pakej ini hilang kelayakan terima RM 5 ribu BPN..
A) Sasaran 600 Ribu Penerima..
B) RM 10 ribu ( RM 5K Geran + RM 5K KWSP ) Jika Kerajaan bagi geran RM 10K hanya perlu pertambahan hanya RM 3 Billion
2- MEMACU PERNIAGAAN MIKRO DAN MERANGSANG PELUANG PEKERJAAN..
Seperti mana Australia yang memberikan Mudah tunai atau geran AUD 25 ribu(RM 68 riibu), Begitu juga German yang Memberikan 30 ribu EURO.. Aku cadangkan Perniagaan yang punya Premis, Rumah kedai yang berniaga di Pasaraya, Kantin dan Kilang kecil seperti pemproses makanan untuk diberi Akses Pinjaman mudah(Soft Loan) pada kadar RM 25 Ribu..
Bagi Peniaga Kantin Sekolah dan Bas sekolah contohnya boleh mengkases mudah tunai ini untuk sesuaikan dengan Ekonomi hari ini..
A) SASARAN 200 RIBU SYARIKAT DAN PENIAGAAN MIKRO..
B) RM 25 Ribu Mudah Tunai , Peruntukan RM 5 Billion
C) Sasaran Jika Sebuah Syarikat Tambah 3 orang Pekerja, ia akan menambah 600 ribu Peluang Pekerjaan tanpa Kerajaan perlu memberikan Subsidi Gaji..
D) Merangsang Permintaan kepada bekalan bahan Mentah dan Industeri yang akan beri kesan ganda dalam kitaran Ekonomi.
3- PINJAMAN MUDAH UNTUK INDUSTRI DAN PKS RM 3 BILLION..
Ini adalah peruntukan tambahan bagi dana sedia ada ekpada RM 3 Billion, Sebanyak 50 ribu Syarikat dan Industri PKS akan dapat faedah dan mudah Tunai.. Juga Menambah peluang Pekerjaan..
4- SUBSIDI SEWA PERUNTUKAN RM 1 BILLION
Ini yang dilaksanakan Singapore.. Bagi Syarikat yang terkesan dengan penutupan, had Operasi akan diberikan Subsidi Sewa dan Mereka dilindungi Undang2 bagi merancakan dan memudahkan aliran Tunai Syarikat terutama Retail dan F&B..
Di Singapura Syarikat Komersial akan diberi 4 Bulan sewa Percuma, Industri 2 Bulan..
5- PACU IKS DAN PKS UNTUK BINA SEMULA EKONOMI RAKYAT..
Hari ini yang terkesan Bukan orang bekerja dan berpendapatan ,tetapi Ekonomi terutama dan IKS dan PKS.. Untuk membantu mereka keluar dari masalah yang paling penting adalah aliran Tunai.. Jadi menjadi tanggung Jawab Kerajaan membantu Mereka..
Katakan lah Semua ini tidak dapat membayar kembali geran atau Pembiayaan mudah tunai, Apakah Kerajaan rugi ? Tidak sama sekali , sebab Pakej Rangsangan ini jika ditolak Akses Pinjaman PKS hanya sekitar RM 10-11 Billion, Bersamaan Pakej Prihatin 2.0 yang menelan kos RM 10 Billion.. kalau banding Pakej rangsangan Prihatin pertama jauh lebih besar RM 45 Billion…
Kalau unjuran aku untuk pacu IKS dan PKS ini sebenarnya terlalu kecil berbanding Singapura dan German yang membelanjakan lebih dari 60% KDNK mereka.. RM 15 Billion itu hanya tidak sampai 5% dari jumlah Pakej Belanjawan Kerajaan yang bernilai RM 325 Billion.. Ia sebenarnya telalu kecil tetapi membantu..
Mengapa Perlu kita pemimpin PH terikut dengan cara Najib kalau kita boleh bentangkan model kita sendiri..Untuk berikan kesan ganda ekonomi bukan dengan cara cetak duit.. Tetapi alirkan Mudah tunai dalam kitaran Ekonomi..
Tak perlu rakyat menagih simpati untuk keluarkan duit KWSP sebagai modal pernigaan jika Kerajaan mampu sediakan hanya dengan meminjam dan menerbitkan Bon dan Sukuk bagi membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi dari dana awam seperti KWSP dan KWAP.. ?
Sekian Mencadangkan..
Ipohmali
P/S : terima Kasih keapda sahabat yang membantu menghasilkan Infografik ini tak sampai 24 Jam…
Sumber :