Patutlah orang Rusia manusia paling kedekut nak senyum, rupanya ini sebab sebenar

Oleh MHDAILY

Patutlah orang Rusia manusia paling kedekut nak senyum, rupanya ini sebab sebenar. Senyuman ni kadang-kadang boleh membawa persekitaran yang positif.

Malah orang yang suka senyum ni kita anggap sebagai ceria. Tapi tidak dekat Rusia. Sebab rakyat deme sangat susah senyum.

Kenapa orang Rusia susah nak senyum?

Patutlah orang Rusia manusia paling kedekut nak senyum, rupanya ini sebab sebenar

Bagi orang Rusia, tersenyum kepada orang lain tanpa apa-apa sebab akan buat deme tak selesa.

Katanya korang sedang cuba ejek rupa ataupun pakaian mereka. Jangan terkejut sebab lepas tu orang Rusia tak kan balas senyuman korang sebab deme terasa.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Seterusnya pernah tak masa korang dalam masalah, ada member suruh senyum. Sebab katanya nak tengok korang ceria. Dengan orang Rusia, jangan sesekali suruh mereka senyum ketika dalam masalah. Sebab kalau korang suruh senyum, maknanya korang tak ada empati dan sangat pelik.

Di samping itu kalau korang pergi dekat kaunter kerajaan di Rusia, jangan terkejut jika pekerja tak senyum. Katanya orang Rusia ni sangat fokus dan komited dalam kerja. Maka tersenyum semasa sedang kerja adalah dilarang. Masa korang belajar pun tak boleh senyum sebab akan dianggap tidak menghormati guru.

Level orang Rusia ni tak suka senyum sampai ketika Mekdi mula-mula masuk sana, deme sangat terkejut. Sebab staf Mekdi tersenyum dan sangat ramah. Sedangkan staf restoran tempatan asyik masam dan bersikap dingin.

Kepada korang yang nak pikat awek Rusia, hati-hati dalam tersenyum. Takut deme anggap benda lain.

BACA:

“Jatuh cinta ketika cikgu sedang mengajar”, pelajar ini nekad kahwini cikgu sekolah sendiri

Bekas Presiden AS Donald Trump ditangkap, rupanya ini kesalahan yang dia buat