Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan langkah mengambil alih kuasa dari Perikatan Nasional (PN) lebih penting memandangkan kerajaan pada masa ini berada dalam keadaan huru-hara.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, pembentukan suatu grand coalition (gabungan besar) perlu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang pada bila-bila masa akan diadakan.
“Grand coalition itu penting. Kita sekarang ada tiga parti (AMANAH, PKR, DAP) dan kita boleh tambah dengan rakan-rakan lain.
“Kita bersedia menghadapi pilihan raya (PRU15) yang berlaku pada bila-bila masa.
Ketika mengulas mengenai Adun Amanah yang melompat ke PKR, Mohamad Sabu menjelaskan parti itu tidak boleh berbuat apa-apa terhadap tindakan Adun tersebut kerana sudah semestinya beliau mempunyai alasan berbuat demikian. Beliau menambah lagi, “nak masuk Amanah ada pelbagai alasan, sudah tentu keluarnya ada pelbagai alasan”. Beliau bagaimanapun menyeru ahli parti terus mara ke hadapan berhadapan situasi politik negara yang lebih mencabar.
“Walau bagaimanapun, ambil pemerintahan kerajaan pintu belakang, itu lebih penting kerana mereka memerintah huru-hara sekarang,” katanya menerusi bual bicara Next Step oleh Media Oren malam tadi.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Pertahanan itu memberitahu rundingan terus diadakan dalam kalangan blok pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.
“Kita akan terus berbincang dan berunding supaya AMANAH, PKR, DAP yang sekarang ini ada 91 kerusi Parlimen, kalau boleh ditambah lagi supaya dapat mengambil alih kerajaan.
“Kalau tidak, kita akan menghadapi PRU15 dengan grand coalition di pihak kita,” tegasnya.
Beliau berkata gabungan besar PH dalam PRU14 terbukti berjaya mengalahkan BN dan cara itulah juga dilakukan di pihak kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin pada masa ini.
“Grand coalition juga cuba dibuat di pihak sana, sama ada PN atau MN, sebab kenyataan mereka berubah setiap pagi dan petang.
“Begitu juga ada Umno A, Umno B,
Berita penuh : https://malaysiadateline.com/gabungan-besar-lebih-penting-ambil-alih-kerajaan-kata-mohamad-sabu/