Nabila Huda belanja pakai bikini, mata tajam netizen perasan sesuatu pula

Nabila Huda belanja pakai bikini, mata tajam netizen perasan sesuatu pula

Nabila Huda belanja pakai bikini, mata tajam netizen perasan sesuatu pula. Jika anda mengikuti media sosial Nabila Huda, pasti mengetahui pelakon berbakat besar itu kini sedang melancong di luar negara.

Jika sebelum ini Nabila atau lebih mesra disapa Abil berada di Indonesia, kini pelakon itu menghabiskan masa bercuti di Maldives pula.

Abil juga tidak lokek berkongsikan beberapa gambar ketika berada di negara tersebut sambil menikmati air lautnya yang jernih dan kebiruan.

Terbaru, Abil ada memuat naik gambarnya berada di atas kapal yang berada di tengah-tengah laut dan dilihat hanya memakai baju dalam bersama seluar.

Perkongsian Abil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum serta memuji kecantikan kulit dimiliki pelakon itu.

Tidak kurang juga, ada yang menggelar Abil sebagai Rihanna Malaysia serta ada yang memuji keyakinan pelakon itu yang bangga mempunyai kulit yang tanned.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nabila Huda (@kupu_kupu)

BACA:

Isteri tunjuk bukti suami menggatal di aplikasi cari jodoh

Calon PKR paling kaya ada aset berjumlah RM106.1 juta

Harry Khalifah buka mulut soal gurauan nak jadi menantu, siap bagi amaran ini

CATEGORIES