Isteri tunjuk bukti suami menggatal di aplikasi cari jodoh

Isteri tunjuk bukti suami menggatal di aplikasi cari jodoh

Isteri tunjuk bukti suami menggatal di aplikasi cari jodoh. Wanita mana yang tidak kecewa apabila mendapat tahu suaminya masih ‘menggatal’ di aplikasi mencari jodoh, malah sanggup ‘mengangkat’ tangan terhadap isterinya sejurus didapati curang.

Menerusi perkongsian seorang wanita, sepanjang perkahwinannya selama 11 bulan, dia dan suaminya pernah bercerai dan kembali rujuk semula.

Lelaki itu juga telah beberapa kali dikesan berlaku curang dengan beberapa wanita lain.

“Ada satu ketika, dia beritahu saya bahawa dia sedang bekerja. Tetapi rupa-rupanya, dia sedang memujuk wanita lain untuk bertemu dengannya dan rayuannya tidak berhasil,” katanya.

Isteri tunjuk bukti suami menggatal di aplikasi cari jodoh

Menurutnya, setiap kali dia mendapat tahu kecurangan lelaki itu, suaminya pasti akan ‘mengangkat’ tangan dan kaki kepadanya.

“Kali ini, saya sudah tidak mampu menyembunyikannya dan rasa bagai hendak pengsan. Saya terpaksa membuat laporan polis dengan bantuan jiran meskipun pada waktu itu sudah larut malam,” katanya yang cedera dan lebam di bahagian muka dan kepala.

Rentetan kisah berkenaan, dia kini mengalami tekanan sehingga terpaksa mengambil ubat daripada doktor.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati mereka dan menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang tidak bersyukur memiliki seorang isteri cantik.

“Isterinya sangatlah cantik, ada hati hendak curang,” ujar seorang pengguna Twitter.

“Kasihan sungguh nasib isterinya. Bukan sahaja dicurangi bahkan turut dipukul,” komen seorang lagi pengguna.

BACA:

Calon PKR paling kaya ada aset berjumlah RM106.1 juta

Mak Leha tunjuk bakat sebenar, “sedap dia nyanyi weh”

Sepapan telur jadi anak itik selepas tuan tertinggal di homestay seminggu

CATEGORIES