Calon PKR paling kaya ada aset berjumlah RM106.1 juta

Calon PKR paling kaya ada aset berjumlah RM1061 juta

Calon PKR paling kaya ada aset berjumlah RM106.1 juta. Aset bersih terkumpul untuk 80 calon yang disiarkan di laman web calonkeadilan.org melebihi RM354 juta membabitkan 80 calon ahli Parlimen yang bertanding.

Bagaimanapun, dokumen dalam format PDF untuk pengisytiharan harta bagi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum dimuat naik semasa semakan dilakukan pada jam 3 petang.

Antara yang mengisytiharkan aset bersih ialah calon Parlimen Tanah Merah iaitu Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berjumlah RM106.1 juta diikuti oleh calon Parlimen Sungai Buloh iaitu Datuk R Ramanan berjumlah RM63.5 juta dan calon Parlimen Hulu Selangor iaitu Dr Sathia Prakash bernilai RM40 juta.

Pengisytiharan harta itu dimuat naik menerusi laman web calonkeadilan.org.

Timbalan Presiden PRK, Mohd Rafizi Ramli dilaporkan berkata, bahawa proses muat naik itu selesai sebelum hari penamaan calon.

Calon PKR paling kaya ada aset berjumlah RM1061 juta

Berdasarkan semakan mendapati Mohamad Suparadi memiliki aset kira-kira RM100 juta daripada pelaburannya di DNS Capital Sdn Bhd dan iLimo Stalite LTD manakala kira-kira RM5.3 juta adalah berbentuk hartanah.

Rekod yang dikemukakan di laman web itu juga mendapati bahawa calon Parlimen Tanah Merah itu pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dan Pengarah Eksekutif Iris Corp.

Bagi Ramanan pula, aset bersih bernilai RM63.5 juta itu turut merangkumi hartanah bernilai RM27 juta bagaimanapun dokumen sokongan untuk Sathia Prakash tidak disertakan dalam laman web berkenaan.

BACA:

Mak Leha tunjuk bakat sebenar, “sedap dia nyanyi weh”

Harry Khalifah buka mulut soal gurauan nak jadi menantu, siap bagi amaran ini

Rahmad Mega buat kejutan di Majlis Konvokesyen anak

CATEGORIES