Lizzy akhirnya dedah penyakit ‘alocepia’ yang dialaminya

Lizzy akhirnya dedah penyakit alocepia yang dialaminya

Lizzy akhirnya dedah penyakit ‘alocepia’ yang dialaminya. Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan, 29, berdepan masalah alopecia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, dia mula berdepan masalah alopecia sejak 2018.

“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopecia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.

“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya ketika ditemui di sidang media Festival Filem Malaysia ke-32, di sini, hari ini.

Penyanyi lagu Semua Sudah itu juga mengakui dia enggan mendedahkan penyakit dialami itu sebelum ini kerana tidak mahu meraih simpati orang ramai.

Lizzy akhirnya dedah penyakit'alocepia' yang dialaminya

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai terutama peminat. Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.

“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini,” katanya.

Lizzy berkata, dia baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan dia memotong rambut seperti lelaki.

“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopecia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya.

BACA:

Lawatan rasmi ke Malaysia: Sultan Brunei pandu sendiri BMW, Anwar duduk sebelah

10 Fakta Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) 2022

“Oyen tetap Oyen, tidak akan mengalah”

CATEGORIES