Lawatan rasmi ke Malaysia: Sultan Brunei pandu sendiri BMW, Anwar duduk sebelah

Lawatan rasmi ke Malaysia Sultan Brunei pandu sendiri BMW Anwar duduk sebelah

Lawatan rasmi ke Malaysia: Sultan Brunei pandu sendiri BMW, Anwar duduk sebelah. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta jenis BMW bagi membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke Seri Perdana, Putrajaya.

Memetik laporan ringkas Bernama di Twitter sebentar tadi, baginda Sultan Hassanal Bolkiah memandu BMW berkenaan dari Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Difahamkan, baginda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Yang di-Pertuan Brunei bertandang ke negara ini bersempena dengan Lawatan Khas bagi mengunjungi Anwar Ibrahim yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 24 November lepas.

Berita lanjut menyusul.

BACA:

10 Fakta Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) 2022

Gelagat cikgu cantik ni nafi dah popular di Tiktok buat ramai geli hati

‘Tolonglah GV jangan habis awal, masa ni je nak ketawa’, kata Linda Onn sambil puji Elly

CATEGORIES