10 Fakta Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) 2022

10 Fakta Kerajaan Perpaduan atau Unity Government UG 2022

10 Fakta Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) 2022. 1. Merupakan Cadangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang diperkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Ini adalah #KerajaanYDPA.

2. UG ditawarkan kepada semua parti politik untuk sama-sama terlibat dalam kerajaan.

3. UG ini bertujuan untuk menstabilkan semula politik negara.

4. Ianya juga bagi memperkukuh kembali integrasi nasional yang tercalar akibat kempen PRU15 yang meniup sentimen kaum dan agama yang keterlaluan.

5. Seterusnya memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi pasca COVID-19 dan persediaan menghadapi krisis ekonomi dunia 2023.

10 Fakta Kerajaan Perpaduan atau Unity Government UG 2022

6. Parti yang menyahut seruan YDPA untuk membentuk UG ini adalah PH, BN, GPS, GRS, Warisan, PBM dan Bebas.

7. Parti yang menolak sertai UG ini adalah PN dan PAS.

8. Sokongan UG ini telah menghampiri 2/3 majoriti parlimen yang membentuk sebuah kerajaan stabil.

9. UG ini juga mewakili semua kaum, agama dan rantau (Semenanjung, Sabah , Sarawak).

10. Usaha menggugat Kerajaan YDPA ini adalah satu perbuatan khianat serta membelakangkan seruan YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu.

BACA:

Gelagat cikgu cantik ni nafi dah popular di Tiktok buat ramai geli hati

“Oyen tetap Oyen, tidak akan mengalah”

Perut ular masih bergerak-gerak selepas makan kucing ini hidup-hidup

CATEGORIES