Lelaki tersilap terima wang RM1.56 juta, habis semua buat berjudi

Oleh MHDAILY

Lelaki tersilap terima wang RM1.56 juta, habis semua buat berjudi. Seorang lelaki di Jepun mengaku membelanjakan wang berjumlah 46.3 juta yen (RM1.56 juta) untuk berjudi selepas tersilap menerima duit itu daripada dana bantuan Covid-19 pihak berkuasa di bandar tempat dia tinggal, lapor akhbar Japan Today.

Suspek berusia 24 tahun itu dilaporkan berkemungkinan tidak dapat memulangkan wang tersebut yang dipindahkan tanpa sengaja oleh pihak berkuasa bandar Abu di wilayah Yamaguchi.

Peguam mewakili lelaki itu berkata, anak guamnya memindahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya dengan menggunakan telefon bimbit sebelum menggunakannya untuk berjudi secara online.

Baca Artikel Penuh