Kecoh data peribadi rakyat Malaysia dijual dengan harga RM43,000

Oleh MHDAILY

Kecoh data peribadi rakyat Malaysia dijual dengan harga RM43,000. Data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia 18 hingga 82 tahun yang berada dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa dijual dengan harga USD10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data.

Laman sesawang teknologi Lowyat.net semalam menunjukkan set data JPN yang mengandungi maklumat seluruh populasi 22 juta rakyat negara ini dijual pada harga terbabit di forum pasaran pangkalan data.

Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.

Baca Artikel Penuh