Laporan dedah Malaysia antara 5 negara punyai e-mel berniat jahat paling tinggi

Oleh MHDAILY

Laporan dedah Malaysia antara 5 negara punyai e-mel berniat jahat paling tinggi. LEBIH separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.

Setakat pertengahan Ogos 2022, Malaysia adalah antara lima negara teratas di APAC termasuk Vietnam, Jepun, Indonesia dan Taiwan yang mengumpul 61.1 peratus daripada jumlah e-mel berniat jahat (e-mel hasad) yang dikesan oleh Kaspersky Mail Antivirus.

Vietnam mendahului senarai e-mel spam paling banyak dikesan dengan jumlah 3.09 juta e-mel diikuti oleh Malaysia (2.36 juta), Jepun (1.86 juta), Indonesia (1.80 juta) dan Taiwan (1.45 juta).

Baca Artikel Penuh