Lelaki jual rangka RXZ dengan harga RM7,500 tarik perhatian. Semakin lama, harganya semakin ‘menggila’. Itu antara komen pengguna di media sosial berkenaan harga bagi sebuah rangka motosikal Yamaha RXZ.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, harga rangka motosikal ‘kegilaan’ anak muda ketika ini mencecah RM7,500 tanpa enjin dan ‘coverset’ lengkap.
Lebih menyedihkan, rangka motosikal itu seolah-olah sudah lama terbiar dan usang serta dipenuhi habuk.
Menurut penjual, motosikal tersebut lengkap mempunyai geran dan boleh dipindah hak milik serta mempunyai nombor pendaftaran tiga angka.
Jelas penjual, jika harga yang ditawarkan bagi rangka motosikal tersebut mahal, orang ramai boleh mengabaikan hantaran itu.
Difahamkan, motosikal berkenaan berada di sebuah negeri di Pantai Timur.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi antaranya seperti Mohd. Firdaus Hamid.
“Kerangka sahaja RM7,500, betul-betul gila harga Yamaha RXZ sekarang. Untung siapa ada simpan motosikal ini,”tulisnya.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tuti Wangi.
“Harga tak beragak, harap lakulah rangka motosikal tu, kalau tak laku jangan bakar pula rangka tu,”katanya.
BACA:
Leona buat hal lagi, kali ini pakai bikini tayang punggung pula