Krisis makanan Malaysia makin ‘gila’, stok tepung hanya bertahan 2 bulan lagi. Musim ‘kemarau’ bagi bekalan tepung gandum kembali lagi apabila golongan peruncit mula berdepan keresahan setelah pihak pemborong mendakwa stok bahan mentah itu hanya mampu bertahan setakat Julai ini.
Desas-desus mengenai dakwaan itu telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan peruncit dan juga peniaga yang ketika ini sememangnya sukar memperoleh bekalan tersebut.
Situasi itu juga menyebabkan berlakunya kenaikan harga apabila sepeket tepung gandum satu kilogram (kg) kini dijual sehingga RM3.50 berbanding RM2.80, manakala sekotak tepung gandum 10kg naik sehingga RM6.
Negara pengeluar gandum kedua terbesar dunia itu berkata, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut adalah termasuk hasil tanaman yang rendah serta lonjakan harga global akibat peperangan di Ukraine.
Ia seterusnya menimbulkan kebimbangan buat kerajaan negara itu mengenai isu keselamatan makanan dalam kalangan penduduk negaranya.
Kenaikan harga dan kesukaran mendapatkan bekalan gandum sejak kebelakangan ini memberi kesan kepada peniaga kuih-muih dan roti canai di beberapa negeri.
Tinjauan mendapati, rata-rata peniaga bimbang dengan situasi itu sehingga memaksa mereka menaikkan harga kuih-muih sebanyak 20 sen sebiji bagi menampung kos-kos lain yang semakin meningkat.
Di Kota Bharu, peniaga, Hashimah Hashim terpaksa menaikkan harga jualan kuih kepada 70 sen setelah harga tepung gandum naik selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
“Larangan ini amat mengejutkan. Kami menjangkakan akan berlakunya sekatan ke atas eksport selepas dua ke tiga bulan, namun nampaknya, kadar inflasi telah mengubah fikiran kerajaan,” kata seorang peniaga di Mumbai.
Sementara harga gandum di India mencatatkan rekod baharu, dengan mencecah 25,000 rupee (RM1,418) bagi satu tan, melebihi harga sokongan minimum kerajaan iaitu 20,150 rupee (RM1,143).
Lonjakan itu, harga bahan api, buruh, pengangkutan dan kos pembungkusan turut sama mendorong melonjakkan harga jualan tepung gandum di negara itu.
“Ia bukan sahaja melibatkan gandum. Kenaikan bagi harga secara keseluruhan mencetuskan kebimbangan inflasi. Justeru itu, kerajaan terpaksa menyekat eksport gandum.
BACA:
Nana akui doa bertemu jodoh depan Kaabah, akhirnya..
Kerajaan lulus tiga syarikat kredit beri pinjaman dalam talian