Nana akui doa bertemu jodoh depan Kaabah, akhirnya..

Nana akui doa bertemu jodoh depan Kaabah akhirnya

Nana akui doa bertemu jodoh depan Kaabah, akhirnya.. Namun, kesibukan dan komitmen hidup membuatkan juara musim kedua program realiti, Gegar Vaganza musim kedua (GV2) ini meletakkan ke tepi soal kebahagiaan diri.

Tanpa berselindung, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana memberitahu ketika menunaikan umrah bersama anak kesayangan, Mohd Rayyan Nakhaie, Mac lalu, dia berdoa agar dirinya bertemu jodoh.

“Itu (doa agar ditemukan jodoh) harus! Jujurnya, saya doa secara rawak sahaja. Saya berdoa agar diperluaskan rezeki dan dipertemukan jodoh yang baik. Setakat ini, belum ada ura-ura untuk menamatkan zaman solo. Biarlah Allah yang tentukan. Berkawan-kawan itu ada, cuma mungkin belum sampai masanya… Doakan saya iya,” ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Berian Harian.

Kali kedua menunaikan umrah bersama Mohd Rayyan, Siti Nordiana mengaku banyak yang dipelajari ketika berada di Makkah. Tambahnya, tidak lekang memanjatkan doa kepada Allah sepanjang menunaikan umrah.

“Kali ini agak berbeza dengan umrah pertama kerana ada banyak perkara yang saya pelajari. Apatah lagi, ustaz pengiring memberi banyak pengisian baharu. Jadi, saya fikir ini pengalaman paling bermakna buat saya.

“Ketika berada di Tanah Suci, saya berdoa agar sentiasa istiqamah. Maksudnya, ibadat apa yang saya lakukan di sana, dapat diteruskan secara konsisten sekembalinya ke tanah air. Saya juga berdoa agar ibadat saya selepas ini bertambah dan lebih baik daripada yang lalu,” katanya.

Nana akui doa bertemu jodoh depan Kaabah, akhirnya..

Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercerai pada September 2009 itu meluahkan rasa syukur aktiviti seni rancak kembali.

“Alhamdulillah, kerjaya seni saya lancar semula. Sepanjang Ramadan lalu, saya banyak menerima tawaran menyanyi. Saya harap situasi ini berterusan… Insya-Allah,” katanya.

BACa:

Orang ramai persoal mana kutipan tol berjuta-juta, lampu lebuhraya pun tak boleh buat

Kerajaan denda RM100,000 jika tekan hon kereta..

Ini cara tuntut semula pampasan penerbangan yang ditunda dan dijadual semula

CATEGORIES