Kerajaan lulus tiga syarikat kredit beri pinjaman dalam talian

Oleh MHDAILY

Kerajaan lulus tiga syarikat kredit beri pinjaman dalam talian. Tiga Syarikat Kredit Komuniti yang juga pemegang lesen Pemberi Pinjam Wang sedia ada diberikan kebenaran tambahan untuk menjalankan urus niaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan, syarikat terbabit adalah JCL Credit Leasing Sdn. Bhd; Seamoney Capital Malaysia Sdn. Bhd dan Melati Panorama Sdn.Bhd yang semuanya beralamat di sini.

“Kebenaran itu diberikan bagi memastikan perlindungan kepada peminjam serta Syarikat Kredit Komuniti melalui kaedah pemberian pinjaman secara dalam talian yang lebih telus dan berintegriti serta mematuhi peruntukan ditetapkan,” menurut kenyataan KPKT, pada Jumaat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Menurut KPKT, mana-mana Syarikat Kredit Komuniti yang menjalankan urus niaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian tanpa lesen boleh didenda atau penjara atau kedua-duanya berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).

Kerajaan lulus tiga syarikat kredit beri pinjaman dalam talian

Senarai syarikat Kredit Komuniti yang diberikan kelulusan untuk menjalankan urus niaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan maklumat terkini boleh diperolehi melalui laman web www.kpkt.gov.my.

“Orang awam boleh menghubungi talian 03-8891 4667/4662/4695/4694/4682/4683 atau mengemukakan pertanyaan melalui Sistem Aduan Bersepadu KPKT di pautan aduan.kpkt.gov.my untuk maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

BACA: 

Starlink milik Elon Musk bakal masuk Malaysia, guna internet dari satelit

The Simpsons jangka banjir besar landa KL dalam masa terdekat, 120 terkorban

Penjawat awam contoh, 36 tahun berkhidmat tak pernah sekali pun ambil cuti sakit