KKM sahkan 3 produk kosmetik popular ini ada racun

Oleh MHDAILY

KKM sahkan 3 produk kosmetik popular ini ada racun.Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah Puteri Ratu Treatment Cream dan Flashh Treatment Cream yang masing-masing mengandungi merkuri manakala Flashh Night Cream mengandungi hidrokuinon.

“Susulan itu, notifikasi produk kosmetik terbabit telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca Artikel Penuh