Singapura tangguh hukuman gantung seorang lagi rakyat Malaysia

Singapura tangguh hukuman gantung seorang lagi rakyat Malaysia. Hukuman gantung bersabit kes dadah ke atas seorang lagi rakyat Malaysia, Datchinamurthy Kataiah yang dijadual esok ditangguhkan Mahkamah Tinggi Singapura.

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran, berkata penangguhan hukuman terhadap Datchinamurthy, 36, diputuskan oleh hakim mahkamah itu pagi hari ini.

“Pagi tadi Mahkamah Tinggi Singapura putuskan penangguhan, sejurus keputusan itu pihak Peguam Negara Singapura terus membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Petang tadi sekitar 3.30 petang, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan pihak peguam negara dan mengekalkan keputusan penangguhan itu.

“Penangguhan hukuman diberikan disebabkan Datchinamurthy masih mempunyai prosiding kes sivil terhadap peguam negara yang masih berjalan.

“Perkara ini akan didengar di mahkamah pada 20 Mei nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya reaksi keluarga Datchinamurthy terhadap penangguhan itu, Surendran berkata, mereka menarik nafas lega susulan keputusan itu.

“Mereka gembira selepas mendapat perkhabaran hukuman esok akan ditangguhkan,” katanya.

Datchinamurthy didapati bersalah menyeludup dadah diamorphin seberat 44.96 gram ke Singapura pada 2011 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2015.

Terdahulu, seorang warga Malaysia Nagaenthran Dharmalingam, 34, yang didapati bersalah kerana mengedar dadah dihukum gantung di Singapura pagi semalam selepas usaha terakhir mencabar hukuman terbabit oleh ibunya gagal.

Tertuduh menjalani hukuman terbabit selepas pelbagai usaha peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengampunan gagal.

Nagaenthran, dijatuhi hukuman gantung lebih sedekad lalu bagi kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 44 gram (g) memasuki Singapura, yang melaksanakan antara hukuman terberat di dunia bagi kesalahan berkaitan dadah.

TONTON:

BACA:

Jenayah SCAM makin ‘menggila’, mana penguatkuasa?

Cara unik orang dulu-dulu tengok ‘jam’ nak buka puasa, nostalgia habis!

ASP buat ‘live’ TikTok masa serbuan kena tukar dari Bukit Aman ke UiTM

CATEGORIES