Khairul aming tak puas hati pergi konsert Billie Eilish, “jauh sangat ni mat”

Oleh MHDAILY

Khairul aming tak puas hati pergi konsert Billie Eilish, “jauh sangat ni mat”. Konsert Billie Eilish yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dan bersiaran langsung pada Khamis ini telah menjadi perhatian ramai. Dari mula beratur sebelum masuk ke stadium, beberapa kejadian yang tak menarik berlaku hinggalah semasa konsert itu berlangsung.

Macam-macam hal setelah beberapa tahun disebabkan pandemik tidak boleh ada konsert, ramai anak muda yang juga peminat penyanyi antarabangsa ‘melepaskan rindu’ dengan menghadiri acara terbabit. Salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah ada beberapa individu yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kedudukan penonton dalam stadium berkenaan.

Salah seorangnya adalah influencer dan usahawan, Khairul Aming yang berkongsikan tempat duduk penonton yang terlalu jauh dari pentas. Malah ada pula ruang yang banyak kosong di padang membuatkan sebahagian penonton tidak dapat melihat dengan jelas penyanyi tersebut.

Baca Artikel Penuh