Marqeen selamba cium artis Indonesia buat peminat tak selesa

Oleh MHDAILY

Marqeen selamba cium artis Indonesia buat peminat tak selesa. PELAKON Meerqeen mencetuskan kontroversi apabila mencium pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika menghadiri beberapa program hiburan dan sesi bertemu peminat di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik Kiky di Instagram dan TikTok, Meerqeen terlebih dahulu mencium dahi Kiky, kemudian pelawak terbabit membalas dengan mencium pipi Meerqeen.

“Tidak mengapa kalau tak cantik yang penting kamu (Meerqeen) sayang sama saya,” tulis Kiki di ruangan kapsyen di Instagram miliknya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Perkongsian Kiky di Instagram meraih perhatian ramai apabila mendapat lebih 320,000 tontonan dan 2,200 komen.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan menyukai aksi spontan kedua-dua selebriti itu yang mesra dan akrab.

Marqeen selamba cium artis Indonesia buat peminat tak selesa

Sebelum ini, Meerqeen turut mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan peminat tempatan apabila aktor terbabit membiarkan seorang peminat wanita di Indonesia memeluknya.

Difahamkan, peminat terbabit sudah meminta izin untuk memeluk pelakon berusia 21 tahun itu terlebih dahulu.

Meskipun, wajah Meerqeen seperti ragu-ragu dengan permintaan peminatnya itu, namun dia tetap melayannya.

Harian Metro cuba menghubungi Meerqeen bagi mendapatkan komen lanjut berhubung video yang tular, namun panggilan dan mesej yang dihantar tiada balasan.

BACA:

Selepas gelek di majlis Aqiqah, Ifa Raziah buat β€˜live’ tahjud tengah malam

Pasangan muda kantoi buat hubungan ketika naik roda Ferris

Gadis 19 tahun dirogol bergilir selepas diumpan keluar makan