Teknik sebenar simpan kelapa parut, boleh tahan sampai 3 bulan

Teknik sebenar simpan kelapa parut, boleh tahan sampai 3 bulan. Kelapa parut memang banyak kegunaannya. Selain diperah untuk santan kita juga juga untuk membuat kuih, kerisik dan sebagainya.

Sebab itu stok kelapa parut ini memang kena sentiasa ada. Jadi elok juga beli dalam jumlah yang banyak supaya senang bila nak digunakan.

Supaya kelapa parut ini masih elok walau pun disimpan lama boleh ikut perkongsian Ani Zam. Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan hingga dua hingga tiga bulan.

Cara simpan kelapa parut supaya tahan lama
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.

Teknik sebenar simpan kelapa parut, boleh tahan sampai 3 bulan
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yg telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.

Teknik sebenar simpan kelapa parut, boleh tahan sampai 3 bulan
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku.
5. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

Baca Artikel Penuh