Pesanan untuk peniaga, anda bakal dikompaun jika tak kibar Jalur Gemilang

Pesanan untuk peniaga, anda bakal dikompaun jika tak kibar Jalur Gemilang. Premis perniagaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan dan nilai kemerdekaan dan sekali gus menyemarakkan tarikh keramat negara itu.

“Kita akan menyerahkan notis pemasangan Jalur Gemilang kepada premis perniagaan petang ini.

“Kompaun sebanyak RM250 akan diberikan kepada premis yang tidak mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022 di perkarangan pintu masuk Bangunan MBI di sini, hari ini.

Rumaizi berkata, bagaimanapun pihaknya mengambil pendekatan menasihatkan pemilik premis yang tidak memasang Jalur Gemilang.

Pesanan untuk peniaga, anda bakal dikompaun jika tak kibar Jalur Gemilang

Baca Artikel Penuh