Kes Covid-19 mungkin kembali naik hingga 15,000 kes sehari gara-gara Omicron

Oleh MHDAILY

Kes Covid-19 mungkin kembali naik hingga 15,000 kes sehari gara-gara Omicron.Singapura menjangkakan varian Omicron menyebabkan gelombang lebih besar berbanding Delta dan menyatakan bahawa dos penggalak diperlukan untuk individu dewasa mengekalkan status vaksinasi mereka.

Negara dengan kepadatan 5.5 juta penduduk itu hanya membenarkan mereka yang sudah menerima vaksin lengkap untuk memasuki pusat beli-belah atau makan di restoran dan gerai.

Minggu lalu, ia merekodkan 1,281 kes jangkitan Covid-19 berpunca dari varian Omicron, membabitkan 1,048 individu dari luar negara dan 233 kes tempatan.

Baca Artikel Penuh