Panas !!! Khairy dedah jemaah umrah ada yang tidak lengkap vaksin

Khairy dedah jemaah umrah ada yang tidak lengkap vaksin.Sebanyak 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksinasi.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan disiasat bagaimana kebenaran boleh dilepaskan kepada mereka untuk mengerjakan umrah dalam keadaan mereka tidak divaksinasi.

“Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan, jemaah umrah, kita dapati 122 dijangkiti varian Omicron, 14 peratus daripadanya tiada vaksin, di sini ada ketidakpatuhan, hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenar menjalani ibadah umrah.

“Perkara ini akan kita bincang dengan pihak berkepentingan termasuk agensi pelancongan berhubung kepatuhan dan syarat yang telah ditetapkan,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Dalam masa yang sama, Khairy turut berkata, semakan akan dibuat sama ada 14 peratus yang tidak divaksin itu mempunyai masalah kesihatan ataupun mempunyai alasan lain.

BACA:

Saksi cirit birit, bicara kes 1MDB libatkan Najib ditangguh

Tular ‘screenshot’ masih belum divaksin, ini jawapan KJ
Scha Elinnea takut tidur seorang diri, perlukan teman

CATEGORIES