Keadaan banjir makin buruk di Johor

Oleh MHDAILY

Keadaan banjir makin buruk di Johor. Batu Pahat menjadi daerah ketujuh dan terbaharu terjejas banjir di negeri ini apabila 42 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) balai raya Kampung Haji Kamisan, setakat tengah hari ini.

EXCO Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata bilangan mangsa banjir melonjak kepada 4,062 orang daripada 1,064 keluarga di 64 PPS setakat jam 12 tengah hari, berbanding 3,841 mangsa daripada 1,008 keluarga di 62 PPS, jam 8 pagi tadi.

Katanya, Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 3,284 mangsa daripada 853 keluarga ditempatkan di 47 PPS setakat ini.

Baca Artikel Penuh