Saintis dapati bumi berputar lebih cepat berbanding 50 tahun dahulu, ini kesannya kepada kita

Umum memaklumi bahawa Bumi mengambil masa 24 jam bagi melengkapkan satu putaran lengkap pada paksinya. Bagaimanapun, seorang saintis di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa Bumi kini berputar lebih cepat berbanding setengah abad lepas.

Peter Whibberley, saintis di Makmal Fizikal Nasional UK dalam satu temubual bersama Discover Magazine mengatakan bahawa jika kadar putaran meningkat lebih laju, kawalan saat mungkin diperlukan.

Saintis dapati bumi berputar lebih cepat berbanding 50 tahun dahulu, ini kesannya kepada kita

Peter Whibberley

Bumi berputar sebanyak 420 kali dalam setahun sejak berjuta-juta tahun lalu tetapi kini ia berputar 365 kali dalam setahun.

Mengikut pengiraan sains, pada setiap hari, bumi mengandungi 86,400 saat tetapi putarannya tidak seragam. Kadang-kadang, berlaku penambahan pada jumlah saat.

Ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teras planet, lautan, tarikan graviti bulan termasuk juga atmosfera.

Bagi mengukur masa dengan tepat, saintis menggunakan jam atom. Jam atom sangat tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan-perubahan luaran seperti perubahan suhu yang mempengaruhi jam biasa.

Bagaimanapun, tahun demi tahun, saintis mengesan bahawa jam atom yang begitu tepat itu mengalami perubahan daripada masa sebenar putaran Bumi lengkap.

Menurut Judah Levine, ahli fizik dari National Institute of Standards and Technology, untuk mengelakkan perbezaan ini menjadi terlalu besar, pada tahun 1972, saintis mengambil keputusan untuk menambah beberapa saat pada jam atom tersebut.

Judah Levine

Namun, sejak 2016, putaran Bumi tidak mengalami perubahan yang menyebabkan perlunya ada penambahan saat. Tambahan pula, planet dikesan berputar lebih laju berbanding 50 tahun lepas dan saintis tidak mempunyai penjelasan yang jitu akan fenomena ini.

Susulan itu, Peter Whibberley memberi amaran bahawa jika kadar putaran meningkat lebih laju, kawalan saat mungkin diperlukan dan menyatakan satu saat mungkin perlu ‘disingkirkan’ dari jam atom yang merupakan penjaga masa dunia.

Dia menyatakan bahawa ianya tidak mudah sepertimana menambah bilangan saat kerana sebelum ini tidak pernah lagi terjadi penyingkiran detik atau saat dari jam atom sejak ia dicipta.

Masa merupakan tulang belakang kepada internet. Membuang atau menambah walau cuma sesaat akan memberi kesan kepada keseluruhan sistem.

Tambahan lagi, dalam industri kewangan semua transaksi mempunyai rekod masa tersendiri dan pengurangan saat berpotensi memberi masalah kepada industri itu.

Renungan Hadis Untuk Muslim

Dunia pada hari ini penuh dengan perkara-perkara luar biasa yang berlaku sehingga mereka merasakan bahawa hampir berlakunya Kiamat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa umat yang hidup di akhir zaman akan berdepan dengan pelbagai ujian, fitnah dan cubaan yang cukup mencabar.

Masa atau waktu yang berlalu dengan pantas atau cepat adalah termasuk di dalam tanda-tanda hampir berlakunya Kiamat.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembu. nuhan.” [Riwayat al-Bukhari (1036)]

Maksud masa berlalu dengan pantas boleh difahami dengan satu hadith daripada Anas bin Malik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam sunan atau jami’nya iaitu ;

“Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” [Riwayat al-Tirmizi (2332)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pandangan dalam memahami makna masa berlalu dengan pantas seperti pendeknya umur, pendeknya malam dan siang seperti yang disokong di dalam hadith lain yang menyatakan masa berlalu dengan pantas sehingga setahun dirasa seperti sebulan dan juga manusia berterusan berada di dalam kejahilan, [Lihat: Fath al-Bari, 1/171]

Di antara tanda-tanda Kiamat adalah masa terasa begitu pantas disebabkan hilangnya keberkatan (di dalam kehidupan), sedikitnya amalan untuk Akhirat, membuang waktu pada perkara yang tidak penting dan berfaedah sehingga tiada lagi nilainya serta ia (masa) berlalu seperti berlalunya awan yang mana tidak dirasai oleh seseorang akan umurnya seakan-akan dia tidak hidup melainkan hanya sementara di waktu siang. [Lihat: Fath al-Mun’im, 10/208]

Renungilah maksud Surah al-‘Asr sentiasa.

Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa meningkatkan amalan soleh dan menggunakan masa dengan sebaiknya dan tidak mensia-siakan masa untuk perkara tidak bermanfaat agar tidak menjadi orang yang merugi.

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA : Tular dakwaan Zakir Naik ditaja restoran mamak RM175,000 sebulan?
Pegawai Kanan SPRM dipenjara 2 tahun kerana edar dadah

CATEGORIES