Hati-hati !!! 14 sungai di 5 negeri kini melebihi paras bahaya

14 sungai di 5 negeri kini melebih paras bahaya.Sebanyak 14 sungai dilaporkan berada pada paras bahaya manakala 22 lagi berada pada tahap amaran pada pagi ini.

Menurut Laman Web Rasmi Public Info Banjir, sungai-sungai pada paras bahaya melibatkan negeri Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Pahang, sebanyak lima sungai melebihi paras bahaya iaitu di Paya Gintong (Jerantut), Jam. Chegar Perah (Lipis), Sg Serting (Bera), Sg Luit (Kg. Subuh, Maran) dan Sg Pukin (Rompin).

Di Selangor pula, Sungai Langat di Bukit Changgang mencatatkan peningkatan di mana air telah melebihi paras bahaya sebanyak 0.15m.

Dua sungai yang berada pada tahap bahaya di Johor adalah Sungai Segamat di Bandar Segamat dan Sungai Tangkak di Kg Seri Makmur dengan masing-masing mencatatkan bacaan 10.19 meter dan 4.45 meter.

Hati-hati !!! 14 sungai di 5 negeri kini melebih paras bahaya

Sementara itu di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sg Muar di Kg Berembang, Kuala Pilah dilaporkan berada pada tahap bahaya dengan tren menurun.

Di Melaka, sungai yang melebihi paras bahaya ialah Sg Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah; Sg Kesang di Telok Rimba, Jasin dan Sg Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.

BACA:

Parti MUDA juga terbuka untuk orang tua, kata Syed Saddiq
Disangka tayar buruk, rupanya 2 ekor ular sawa gergasi sedang berlingkar
Sembur tahi cicak guna waterjet, Vida minta netizen henti kutuk Rina